Kad Clow Cardcaptor Sakura

Kad Clow (クロウカード, Kurō Kādo) adalah kad magik yang digunakan di dalam manga dan siri anime Cardcaptor Sakura.

Di dalam siri manga, terdapat 19 kad yang dikenalpasti, manakala di dalam anime pula terdapat 53 kad (52 daripadanya dari episod yang dipaparkan dan yang terakhir daripada filem yang kedua). Kad Clow ini dihasilkan oleh ahli magik yang berketurunan separuh Inggeris dan separuh Cina iaitu Clow Reed. Selepas kematiannya, kad-kad itu telah dimasukkan ke dalam Buku Clow, yang hanya akan dilepaskan apabila "Yang Terpilih" muncul. Kad-kad ini mewakili gabungan magik Timur dan Barat yang berpusat pada konsep alam semula jadi dan elemen. Setiap kad Clow mempunyai personalitinya sendiri, dari baik ke jahat dan kuasanya sendiri adalah lebih banyak berpusat di sekeliling kuasa elemen atau melakukan tugas khas. Apabila digunakan atau bertindak sendiri, kad ini menyerupai bentuk alternatif lain dari kad ke kad. Kad Clow yang asal berada di bawah simbol matahari atau bulan, seperti Keroberos dan Yue. Semua kad dilihat boleh terapung kecuali The Earthy, The Erase, The Return dan The Illusion. Contohnya kad The Sword sedang terapung sebelum ianya ditangkap.

Sembilan belas kad yang berada di dalam manga adalah The Light, The Dark, The Windy, The Earthy, The Firey, The Wood, The Watery, The Flower, The Fly, The Jump, The Erase, The Mirror, The Maze, The Illusion, The Sword, The Shield, The Shadow, The Thunder, dan The Glow.

Clow Reed dan kemudian Sakura Kinomoto sebagai tuan punya mempunyai kuasa untuk mengarahkan semua kad atau penjaga mereka. Di bawah mereka adalah penjaga Clow iaitu kuasa penjelmaan fizikal yang digunakan untuk mencipta kad itu. Keroberos mewakili matahari dan magik Barat yang Clow mewarisinya dari ayahnya dan Yue, semangat bulan dan magik Timur dari ibunya. Keluarga ibu Clow merupakan moyang kepada keluarga Li termasuk Syaoran Li. Di bawah penjaga itu adalah Empat Elemen iaitu (The Earthy, The Firey, The Windy and The Watery, dua di bawah penjaga itu) dan dua lagi (Light dan Dark di bawah setiap penjaga). Baki 46 kad lagi telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kad yang terkuat mempunyai tujuh kad yang berada di bawah mereka, apabila setiap kad elemen mempunyai lapan kad di bawah mereka. Kad yang berada di luar kawalan Yue dan Keroberos adalahe The Nameless Card dan The Hope serta the Nothing, kad negatif yang dibuat untuk mengimbangi kuasa positif kad Clow yang digunakan.Kad itu dipersembahkan di dalam tiga gaya. Hampir semua kad itu mempunyai gadis dan wanita cantik yang berpakaian atau memegang objek bergantung kepada kuasanya (Arrow, Windy, Bubbles), haiwan yang berkaitan dengan kuasa (Jump, Change, Dash) dan objek (Sword, Shield, Float).